Keagamaan Dinasti Liao

Buddhisme

Pagoda Kuil Fogong, dibina pada tahun 1056 semasa pemerintahan Maharaja Daozong dari Liao.

Meskipun maharaja pengasas Abaoji mengarahkan pembinaan kuil-kuil Buddha, Konfucian dan Taoist, maharaja-maharaja selepas beliau memeluk agama Buddha. Peningkatan ketaatan kepada Buddhisme boleh dijejak sehingga ke pemerintahan Maharaja Shengzong. Pada tahun 1078, pegawai kerajaan tempatan melaporkan terdapat 360,000 sami dan biarawati, mewakili sekitar 10 peratus dari keseluruhan penduduk. Walaupun terdapat kemungkinan angka ini diperbesarkan, jelasnya agama Buddha bersepadu di dalam kehidupan Liao.

Ada yang menggunakan pemelukan agama Buddha sebagai bukti tambahan untuk mendukung pencinaan, walau bagaimanapun, Khitan seolah-olah memandang agama Buddha sebagai satu agama bukan Cina setelah mereka menyedari bahawa Uyghur juga mmeluk agama ini.

Liao lebih komited terhadap pengajian Buddha berbanding jiran Song mereka. Sebuah edisi lengkap Tripitaka bertarikh kira-kira pada tahun 1075 dengan cetakan bermutu jauh melebihi yang terdapat pada Song sezamannya. Ia telah digunakan oleh orang Korea untuk menghasilkan versi Tripitaka mereka sendiri menjelang tahun 1082.

Agama tradisi

Kebanyakkan Khitan masih lagi memeluk agama animise di mana menyembah matarahari. Oleh itu, maharaja mengadap timur, di mana matarahari terbit, bukannya ke selatan sepertimana yang dilakukan oleh maharaja China. Di sebabkan Khitan member keutamaan ritual kea rah kiri, arah utara diberikan keutamaan kepada Cancelori Selatan.